Monday, November 23, 2009

Dinar Public Dinar



Dinar hamba yang ke-2 dan ke-3. Huhu.. Susah jugak nak jadi perempit dinar yang tegar ni ek. Duit manjang je tak cukup. So, ape yang hamba buat. Hamba jual gelang. Gelang ape? Haa.. ini dia contoh gelang kristal yang hamba jual. Cantik tak?



Adik hamba yang jualkan gelang-gelang ni. Jual market-market student je. Selain hamba dapat buat tambah duit beli dinar, adik hamba pun dapat la tambah duit poket buat belanja kat kolej dia tu. Alhamdulillah la kan. So, moral of the story, pandai-pandai la kita cari peluang yek! Selamat mengumpul dinar.

Lokasi pembelian : Klang
Agen Public Gold : Puan Rohana (013-3569743) Klang + Shah Alam
Tarikh pembelian : Lupe la
Harga semasa beli : RM505 dan RM515

Thursday, November 19, 2009

Dinar Yang Pertama



Hah..Ni dinar hamba yang pertama, dinar kelantan. Inilah langkah pertama hamba dalam mengumpul dinar. Pada asalnya hamba ingin membeli Gold Bar, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Niat murni hamba tu tak dapat dilaksanakan. Tup-tup, harga emas pun naik dan makin naik dan naik. Jadi, tidak dapat tidak hamba mesti mulakan langkah pertama hamba tu. Dan, inilah hasilnya. 1 Dinar Kelantan. Alhamdulillah.

Lokasi pembelian : Ar-Rahn jalan Raja Laut
Tarikh pembelian : 15/7/2009
Harga semasa beli : RM473.00

Wednesday, November 18, 2009

Pembuka

Assalamualaikum..
Blog ini hamba wujudkan untuk hamba berkongsi apa jua cerita. Disamping itu, hamba juga ingin mengajak kepada pengunjung blog hamba ini supaya mulalah berkenalan dengan dinar dan emas dan mengkaji serta menghargai potensinya sebagai logam yang bernilai didalam kehidupan kita semua. Selamat berkenalan dan selamat mengumpul dinar.