Showing posts with label Sembang Emas. Show all posts
Showing posts with label Sembang Emas. Show all posts

Monday, September 22, 2014

1gram,ikut kemampuan je..

Assalamualaikum..

secara hakikatnye..1g nilai berat yg mampu dicapai oleh kebanyakan org..
secara hakikatnye juga..harga yg amat mahal utk diterima oleh ramai org..
betul la tu kalau orang kate, baik beli 1 dinar dari beli 1g..
paling betul,lagi baik kalau tepuk poket sendiri berapa yang mampu beli..


utk aku, 1g tu yang aku mampu utk saving setiap bulan..alhamdulillah..
dan kalau ade rezeki lebih bonus atau elaun, aku bilas dengan used gold..
kerana matlamat aku adalah saving..



Thursday, September 11, 2014

Tiada Tajuk

Assalamualaikum..

Ade jugak yg sudi singgah kat blog ni ye..Tq2..
Den maleh nk update kt blog ni..sobab ei, pesbuk lagi laju..huhu..

Macam2 ilmu omeh skang ni yo..nak tak nak yo hadap..
Umangaii, bosa jaso eh kek orang2 yg tak tau macam den ni ha..

So dengan ni, den nak ucapkan, TAHNIAH dan TERIMA KASIH banyak2 la kat sifu2, otai2, lejen2, tokei2 yang tak kodokut share ilmu ni..Terima Kaseiiiii!!!!


Friday, July 20, 2012

Aset Yang Terunggul 3..

Assalamualaikum..

Sebuah negara di benua Afrika..


Untuk makanan..
Untuk keperluan..
Untuk rakyat..

Emas, harapan terakhir kerajaan Sudan dari kejatuhan ekonomi..


Sumber : Reuters

Tuesday, July 17, 2012

Setahun Punya Harga..


Assalamualaikum..

Setahun ni, harga emas menari-nari diantara 1550 ke 1650..Untung betul sape-sape yang mampu rembat dengan harga tu kan..Setahun tu dapat peluang..huhu..

Yang takde bajek macam aku..duk menung je la..haha..

Ok, dari graf kat atas tu..aku berterima kasih kat angka 1550, sebab dapat tahan harga dari terus jatuh lagi..tapi, kalau nak jatuh, jatuh jugak kan..huhu..

Ade orang kate, selagi krisis kat greece tak settle, selagi tu la harga emas susah nak naik..tapi, kalau dia nak naik jugak..dia tetap akan naik..kan kan kan kan..

Tu je aku nak share :-)

Nota : dah lame tak dengar orang buat overlap..

Thursday, May 24, 2012

1g Emas Untuk Mas Kawin..

Den : Salam..Nak tanyo 1 dinar ngan 1 dirham bapo skang..mano nak dapekkan?

Aku : Wsalam..sori lambek reply,tipon den kono bar..1dinar dalam RM7xx..1dirham dalam RM2x..Tengok brand mano la..

Den : Den budget nak boli dirham ajo la..coz nak wat untok mas kawen..ado port x?

Aku : Mas kawin boli omeh la..Bagi 1g ko..macam yang den buek..baru RM200..

Den : Ha camtu ok gak..ko tolong carikan buleh?

Aku : Hehe,ekau boli jo kek poh kong..1g Poh Kong murah jo..Nak den bolikan pun buleh, apo brand ndak?

Den : Tak kisah ape2 brand janji ko rase ok.coz negeri 9 mas kawen RM200..

Aku : La yo ko..buleh..nanti tok kadi nak tengok resit jugak ke?

Den : Kalau ado lagi cantek..

Aku : Resit konfem ado, cumo ado brand, hargo eh tak sampai RM200..Dalam RM19x jo..Skang omeh ngah turun..takpo ko? Nanti den rojer tokei2 omeh..

Den : Den nak cari atas RM200 lebih siket..Tak buleh bagi bawah RM200..Mas kawen tu..

Aku : Kalau camtu,tak apo la..nanti den tolong usohokan..

Den : Orait..apo apo hal rojer den..

Aku : Ok..


Yang nak kawin tu..tak nak ambik peluang beli harge rendah ke?
Aku dah buat dah dulu..anda bile lagi?

Sunday, February 19, 2012

Emas 1Gram..

Assalamualaikum

Mana 1 pilihan hati?

 1 - Emas dah xlaminate aka bogel..


2 - Emas masih dalam keadaan dilaminate..Tapi laminate asal boleh je..


3 - Emas masih dalam keadaan laminate..dan laminate yang lebih baik..


Berat yang sama..
Brand yang sama..
Tapi harga lain2..

Aku sebagai peminat emas 1g..
Asal ade bajek + mampu..
Aku rembat je..

Tuesday, January 31, 2012

Sila Tekan Kalkulator Anda..

Assalamualaikum..

Baca ini dulu :

Aku pun xpandai sangat..Tapi kire boleh la..
(Amaran : Aku bukan la Cikgu Matematik)


Aku pun beli dari kedai emas yang terkemuka jugak..
Pada 30/11/2009..Aku beli 1g gold bar..
Purity = 999
Harge segram = RM150
Kos tukang = RM15 
(Di Poh Kong,10g ke bawah ada kos tukang..kalau tak silap aku la)
So, total = RM165
Amoi tu cakap spread dalam 20% kalau nak jual balik..

Andai kata aku nak jual emas aku hari ni..
Ikut harge kedai emas sekarang (FGJAM


Emas 1g berketulinan 999 = RM198..
So..RM198-165 = RM33
Pergh!! 2tahun lebih simpan dah untung RM33!!
Tu baru 1g..Kalau 100g..1kg..1tan..

Tapi, jangan lupe spread 20% yang amoi tu cakap..
Spread = Perbezaan jual beli (aku jual, kedai emas beli)..
Jangan lak tengok harge kedai jual..

Jadi, RM198 x 20/100 = RM39.60
Ini adalah spread yang dikenakan..

Jadi, Kalau harge semasa - spread = ?
RM198 - 39.6 = RM158.4
Harga selepas spread - Harga masa aku beli =?
RM158.4 - 165 = - RM6.60 

Aku rugi RM6.60..
Ini semua disebabkan spread..
Itu kalau aku jual pada 20 Jan 2012..

Tapi, kalau aku jual seperti masa dibawah ni..


Spread yang dikenakan ..
RM212 x 20/100 = RM42.4

Harge semasa - spread = ?
RM212 - 42.4 = RM169.6
Harga selepas spread - Harga masa aku beli =?
RM169.6 - 165 = RM4.60

Untung aku pada 24 Ogos 2011 = RM4.60
Tu baru 1g..Kalau 100g..1kg..1tan..
 memey wow!!

Jadi, sebelum anda me'let go'kan emas anda tu..
 pastikan anda buat ini dulu ye..

Pastu baru decide nak watpe..
Kalau rasa tak berbaloi..baik tak payah jual..
Dah la rugi dekat spread..
rugi lak kt masa, parking, minyak & tambang..

PEACE!!

Saturday, January 28, 2012

Aset yang terunggul 2..

Assalamualaikum..

Presiden Tunisia yang digulingkan..

Dilaporkan, pasangan ini membawa jongkong-jongkong emas bernilai AS$55.7 juta (RM171 juta) yang diperolehi dari Bank Negara Tunisia semasa melarikan diri ke Arab Saudi.
Sumber : Kosmo

Sesi Buang Sawang

Assalamualaikum..

Akibat terlalu lame menyepi dan sibuk..aku dah lupe pasword blog ni..hehe..
Ok, cerita pasal emas.. sepanjang tahun 2011.. memang kurang aku melayan emas ni..
Aku hanye monitor harge emas untuk di 'check in' di Arrahnu atau pun untuk di let go kan..
Alhamdulillah..dengan nilai yang ada pada logam kuning ni, lepas jugak aku buat majlis aku..
THANK YOU ALLAH!!

Sepanjang penyepian aku..ni yang aku jumpe..

- Harge emas..no komen..hehe..

Turun naik sepanjang 2011

- Rakyat Malaysia..Ramai dah kenal potensi emas ni..Kalau dulu aku bagi flyer pasal emas ni..Depan mata aku ada yang kemek2 kan dan penyek2 kan flyer tu.. :-) .. Tak lame pastu tanye aku balik pasal emas..Ok la tu..Hehe..

- Arrahnu..Gold bar & Dinar memey tak lepas..Barang2 aku pun dah banyak aku convert kan ke loket..Ar-Rahn PKB masih terima Bar & Coin, tapi untuk jenama yang tertentu..

- Surat Khabar..asyik cite harge emas bakal melambung dan melambung..

 
- Mak aku..dulu marah aku simpan emas..skang..hehe..

- Mak mertua aku..disebabkan dia nampak minat aku kt emas ni..dia bagi@hadiah kan kat aku sebelah anting2@subang (sebelah dah hilang) :-)

Orait.. sampai sini je la dulu untuk sesi mengemas sensawang yang dah bersawang aku..Terima Kasih..

p/s : kepada sesiapa yang ada kontek aku untuk beli/jual emas..pohon ampun dan maaf aku tak dapat memenuhi permintaan anda..aku masih mencari2 ruang dan masa untuk itu..MAAF..

Saturday, August 14, 2010

Aset yang terunggul..

Assalamualaikum semua..

Saje je nak share cerita-cerita ini..

1. Semasa perang Vietnam
Antara emas yang dibawa oleh pelarian vietnam. (sumber : ebook - Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas)

2. Semasa perang Iraq
Saddam Hussein ditemui bersembunyi dibilik bawah tanah.

Turut ditemui bersama Saddam ialah emas-emas miliknya..

Berapa agaknye nilai emas yang pak cik Brown ni pegang..

p/s : mungkin akan bersambung..hehe..peace!!

Cerita Wattaktau..

Assalamualaikum semua..

Agak lame jugak hamba tak meng'updated'kan laman sensawang wattaktau ni..
Time nak update je..Tetibe jadi kelu..
Tapi, time bawak moto ke, mengelamun ke..ade je idea yang nak dikongsikan..
Pape pun, di kesempatan ini, hamba bagi pihak wattaktau.blogspot mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua..
Hamba juga nak mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan di atas pelancaran dinar dan dirham yang baru.. Insyallah, semoga usaha untuk memartabatkan matawang sunah ini berjalan dengan lancar..

Dinar Kelantan

Dirham Kelantan

Psstt : (pagi tadi ade orang letak flyer dalam peti surat.. Tajuk nye, Seminar pelaburan emas dan bagaimana memanipulasi Ar-Rahnu.. huhu.. Ape yang hamba harapkan, penganjur tersebut, boleh la bercerita tentang baik buruknye sekali.. Jangan asyik piker nak jual barang je..huhu..)

Wednesday, May 12, 2010

1gram..Tapi dia kecik jer..


* Pergh!! Mahal giler!! Memang la mahal kalau dibandingkan dengan gold bar yang besar2..
* Tapi, kalau harga emas naik.. Harga 1gram pun tetap naik juga..
* 1g..Mampu dimiliki oleh kebanyakan orang..
* Rase nak cube2 je dulu simpan emas?? Cube je la dengan 1g ni..amik aura dia dulu..
* Kan best kalau ada macam2 jenis..

Mane nak beli 1g ni?

nubex.. atau 012-6226867 - Fendi

poh kong..

UOB bank..

 kuwait finance..


mana-mana kedai emas yang ade jual..

kalau ada di mana-mana lagi..sila letak dalam komen..

p/s : kalau rasa tak berbaloi..jangan beli..simpan je duit untuk beli yang lagi berbaloi-baloi..

Sunday, May 2, 2010

Merdekakan diri dengan Emas


Merdeka? Emas? yup..Merdekakan aset dari susut nilai..


Emas memang mahal sekarang ni.. Tapi,kalau tak mula sekarang.. Emas akan bertambah mahal..


Kalau harga emas turun? Emas turun kira bonus la untuk kita tambah lagi stok kita.. Tau ke bile emas nak turun?


Jadikan emas sebagai simpanan dan sandaran..


Insyallah..Fungsi emas akan kembali digunakan dengan meluas sebagai matawang yang amat bernilai..


Nak simpan emas? Emas yang macam mane tu? Mesti la emas yang bernilai..

Meminjam kata-kata Tuan Haji Awaluddin (WINKL).. Bende ni..bernilai.. Dan ada nilai didalamnye..


Macamane nak beli emas? dari duit lebihan gaji @ bisnes @ part time @ side income dan sebagainya..


Nak beli emas kat mana? Terpulang.. Pilihan bijak tetap ditangan anda.. Atau boleh klik sini..


Selain dari emas.. ade lagi tak? Ada..Perak..

Sunday, March 21, 2010

Persoalan Mengenai Dinar 2

Salam kepada semua pembaca.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa diblog hamba ni.. Semoga ape yang dikongsi disini dapat diambil secara positif dan terbuka. Disini, hamba sertakan lagi 1 jawapan dari seorang pejuang dinar dan dirham sejak beberapa tahun sebelum ini, beliau ialah Pensyarah En. Abdul Halim Abdul Hamid. Terima kasih kepada Pensyarah En. AbdulHalim.

1 Mac 2010 - Menerima jawapan balas dari Pensyarah En. Abdul Halim Abdul Hamid ( thegolddinar )

1) Standard piawaian Khalifah Umar Al-Khattab, tidak pernah menyatakan hal ketulinan tetapi Amirul Mukminin ini telah menetapkan bahawa piawaian dinar dan dirham mengikut ukuran Islam adalah bersamaan dengan 7 dinar = 10 dirham. Standard ini dibuat setelah berlakunya pertikaian di suq (pasar) berkenaan keshahihan dinar & dirham yang digunakan. Soal ketulinan tidak timbul sama sekali kerana, dinar yang digunakan adalah Roman Solidi Dinarius (yang bermaksud Wang emas penuh Roman). Ketulinan Roman Solidi Dinarius adalah fine gold 999. Ini lah matawang dinar yang diguna pakai oleh kebanyakkan masyarakat Arab di Madinah untuk urusan berjual beli termasuklah Baginda RasulAllah S.A.W. Sila rujuk matawang Byzantine Roman di sekitar tahun 610 ke 630 Masehi.

2) Dinar bermaksud, matawang emas. Kita umat Islam seharus nya mengunakan matawang dinar kerana ia merupakan matawang sunnah. Asalkan matawang dinar yang kita miliki sekarang mempunyai ciri-ciri dinar yang diguna pakai oleh Baginda Rasul Allah S.A.W, ianya dikira sebagai dinar. Apakah ciri-ciri dinar itu:
a. ketulinan .999 (fine gold)
b. berat 1 mithqal untuk 1 dinar (fuqaha bersetuju mengambil purata berat 4.25gram sebagai berat 1 mithqal mengikut ukuran zaman kini)

Kedua-dua ciri diatas perlu dipenuhi manakala urusan saiz, hiasan dan penulisan pada kepingan dinar adalah tertakluk kepada pemerintah kerajaan yang memerintah atau pengeluar matawang dinar yang diiktiraf pemerintah.
Saya tidak menyokong dinar keluaran P*** D*** kerana mereka tidak memiliki syarat utama sebagai pengusaha pengeluar dinar. Dinar ini urusan orang Islam jadi menjadi tangungjawab Muslim untuk mengeluarkannya dan bukan urusan bukan Muslim. Penglibatan diri dengan urusan muamalat mengunakan dinar dapat merapatkan seseorang itu untuk lebih bertaqwa kepada Allah SWT. Oleh itu adalah tidak wajar sama sekali bukan Islam mencampuri urusan orang Islam. Hal ini jelas di dalam Al-Quran didalam surah Al-Kafirun. Walaupun ramai dikalangan orang Islam menjadi agen kepada P*** D*** itu tidak bermakna syarikat ini telah dimiliki dan diterajui oleh orang Islam. (sila semak pemegang amanah/saham syarikat P*** D*** di SSM)

3) Emas adalah merupakan satu logam yang digilai manusia. Dari pada zaman Nabi Adam lagi, emas adalah merupakan harta dan juga perhiasan. Ianya menjadi matawang apabila sistem barter tidak dapat memuaskan urusan muamalat manusia. Dinar digunakan bila aktivit ekonomi manusia mula rancak dan aktif.

WALLAH-HU-A'LAM.

Terima kasih kepada Pensyarah En. Abdul Halim dengan jawapan beliau. Ape pun, hal ini telah banyak diulas dengan lebih lanjut oleh beberapa blogger. Antaranya ialah :

- Artikel landasan Syariah DinarEmas24k DinarEmas24k
- Artikel Dinar, Dirham 999 dan 916 nubexblog.blogspot.com
- Artikel 22 karat Dinar Emas, merujuk kepada berat atau ketulenan hasbullah.pit.my
- Artikel Dinar 999 atau 916?  dirham2dinar.com

Terima Kasih!!

Sunday, January 31, 2010

Persoalan Mengenai Dinar

Disini hamba nak berkongsi sedikit sebanyak jawapan yang hamba dah perolehi hasil dari pertanyaan dan rujukan dari rakan-rakan yg lain..Harap ilmu ini dapatlah kita kongsi-kongsikan bersama..

18 Jan 2010 - Hamba menghantar email kepada beberapa blogger..Antara soalan yang hamba tanya adalah seperti berikut :

1) Kebanyakan sumber yang saya jumpa hanya mengatakan dinar hanya berketulinan 916 (standart piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a.). Bagaimana pula dengan dinar yang berketulinan 999 dan dimana saya boleh refer piawaian dinar tersebut?

2) Bagaimana pula dengan dinar yang tidak mengikuti piawai yang telah ditetapkan? Adakah layak ianya digelar dinar atau syiling emas? Contohnya seperti dinar keluaran PD. Dimana diameternya hanya bersaiz 18mm sahaja.

3) Banyak sumber yang mengatakan dinar digunakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana pula dengan mata wang yang wujud sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W? Tidak wujud lagikah dinar pada masa itu?

19 Jan 2010 - Jawapan dari Ustaz Rafidi Hashim (Admin untuk dirham2dinar)

1) Dinar 999 tak sesuai digunakan sebagai matawang sebab mudah patah. saya pun belum jumpa dinar 999.

2) dinar ikut berat dan emas 916, tak kira berapa diameter pun.

3) Perkataan dinar itu datang dari dinara bukan bahasa arab bermakna masyarakat sebelum dah pun menggunakan wang emas, begitu juga dirham digunakan zaman nabi Yusof lagi.

23 Jan 2010 -Ni pulak komen Wantwo (Admin untuk marinajewellery.blogspot)

1) sape pernah pegang dinar 999 akan tahu mudah patah ke tak...pakai tgn sure tak patah..tp bolh kemek..mudah kemek dan agak lembut adalah kekuatan dinar 999 sebab kerajaan islam boleh collect dan minting bali dinar tuh.. that the way to control circulation of dinar...

2) yup...berat yg penting 4.25 atas kesepakatan ulama' dahulu... mase dulu pon mane ade penimbang yg tepat..so kesepakatan 4.25 adalah yg paling mahshur....

3) dinar zaman nabi pakai dinarus solidus 999..zaman khalifah umar baru dimintingkan dan ditulis dgn ayat2 suci....

Setakat ni, ini sahaja la yang reply email hamba..Terima kasih kerana menjawab.. Apa pon..Hamba masih menanti jawapan dari yang lain..Kalau ade jawapan dari yang lain..Hamba akan postkan lagi..

Sedikit pengenalan mengenai dinar..sila kesini scogold-jewellery.blogspot

Setuju atau tidak dalam "No Buy Back Policy" dalam urusan dinar.. sila kesini marinajewellery.blogspot

Nak komen apa-apa..Di alu-alukan..Terima Kasih!

Saturday, January 9, 2010

Dinar, 999(24k) atau 916(22k)?

Persoalan ni dah banyak kali ditanya oleh rakan-rakan dichatbox Jutawanemas.com. Kalau dinar berketulenan 999(24k), layak ke dipanggil dinar, atau perlu dipanggil syiling emas. Sedikit info yang hamba boleh share disini.


 Dinar yang ditempa oleh Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd

Mengikut keterangan pada sijil diatas, dinar 999(24k) digunakan pada zaman Nabi Muhammad (S.A.W).

Sumber dari : thegolddinar.blogspot.com

Untuk dinar yang berketulenan 916(22k) pula, ianya mengikut piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Standard piawaian ini ada tertulis pada sijil Dinar Kelantan.


Dinar Kelantan juga ditempa oleh  Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd


Piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a

Sumber piawaian : www.exsas.com.my

Kesimpulannya, kedua-dua jenis ketulenan ini pernah digunakan sebagai matawang yang dipanggil dinar.

Wednesday, December 2, 2009

Berita Baik Berita Buruk

Huhuhuhu...tak tau hamba nak komen macam mane.. Suke ada tak suka pun ada..Awal-awal pagi kat opis hamba dah layan blog otai ni Jutawanemas.com.Seronok tengok harga emas makin naik. Nak-nak,ada ramalan yang yang mengatakan harga emas akan mencecah hingga ke paras USD2500/1oz. Wow! Dalam masa yang sama, terasa bengang jugak dengan harga emas ni,tunggu la hamba dapat rempit dinar banyak-banyak sket..Pastu kalau nak naik,naik je la.Huhuhu..

Hai la 999.9.. Hai la 916.. Tuan hamba tetap dalam buruan hamba!! Hehehe..