Showing posts with label Dinar Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Dinar Kelantan. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Cerita Wattaktau..

Assalamualaikum semua..

Agak lame jugak hamba tak meng'updated'kan laman sensawang wattaktau ni..
Time nak update je..Tetibe jadi kelu..
Tapi, time bawak moto ke, mengelamun ke..ade je idea yang nak dikongsikan..
Pape pun, di kesempatan ini, hamba bagi pihak wattaktau.blogspot mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua..
Hamba juga nak mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan di atas pelancaran dinar dan dirham yang baru.. Insyallah, semoga usaha untuk memartabatkan matawang sunah ini berjalan dengan lancar..

Dinar Kelantan

Dirham Kelantan

Psstt : (pagi tadi ade orang letak flyer dalam peti surat.. Tajuk nye, Seminar pelaburan emas dan bagaimana memanipulasi Ar-Rahnu.. huhu.. Ape yang hamba harapkan, penganjur tersebut, boleh la bercerita tentang baik buruknye sekali.. Jangan asyik piker nak jual barang je..huhu..)

Sunday, December 13, 2009

Harga Tengah Jatuh..Apa tunggu Lagi!!

Harga emas tiba-tiba je jatuh beberapa minggu ni. Ramai yang suka, ramai jugak runsing (duit gaji tak masuk lagi..haha..sama la dengan hamba) tak dapat nak beli time ni. Untuk orang-orang yang bermodal, time ni la diaorang pergi memburu emas. Tu pasal sampai sold out emas-emas kat nubex. Kat Ar-rahn pun same dah takde stok. Kepada penyimpan emas fizikal, time ni la masa yang elok pergi pajak diaorang nyer emas. Dapat duit, beli emas. Haha. Hamba pun pilih pajak emas nak beli emas. Nak tunggu gaji, lambat lagi beb! Kalau dapat gaji, harga emas pun tengah murah lagi, confirm! hamba rembat je ape-ape gold yang boleh.

Untuk yang pertama kali nya hamba berpajak gadai. Hamba pilih Ar-rahn di Jalan Raja Laut (bank dah tak boleh gadai lagi..hampeh punya BNM). Dari opis di Kelana Jaya, hamba merempit ke Ar-rahn. dengan misi, pajak dan rempit sekeping 2Dinar Kelantan. Di Ar-rahn takde pelanggan lain. Hamba sorang je. Tanya diaorang (Ar-rahn) terima gold bar atau dinar lagi tak? Ar-rahn terima lagi. Tanya nak resit atau sijil tak? Ar-rahn kata tak perlu. Emas yang hamba pajak ialah 1 dinar Public Dinar (2 keping), 1 dinar muslim (1 keping) dan barang kemas 916 (4.9g). Total jumlah berat = 17.65g. Ar-rahn boleh bagi RM1,2++.00. Tapi hamba mintak genap-genap je RM1.2k. Upah Bulanan = RM20.40 sebulan, jadi untuk 6 bulan = RM122.40. Dalam 15-20 minit, semua urusan selesai.  


Hamba punya Surat Akuan Gadaian

Misi untuk gadai selesai. Tapi untuk 2 Dinar Kelantan, huhuhu....gagal. Stok habis.

Pada hari yang sama jugak, hamba beli 1 Dinar Kelantan (2 keping) dari seorang kenalan. Beliau ni gelarkan diri dia haji. Hamba pun panggil Tuan Hj. Beliau ni wakil dari Wakala Nusantara (dirham), boleh refer disini Wakala Kuala Lumpur (tengok yang paling bawah). Kalau sapa-sapa nak beli dirham pun boleh dapatkan dari beliau. Walaupun tak dapat dinar yang hamba nak, takpe, next time hamba buru dia balik. Hehehe..Sekian.


Dinar Kelantan yang dibeli.

Lokasi pembelian : Wakala Kuala Lumpur (Tn Hj Awaluddin)
Tarikh pembelian : 9/12/2009
Harga semasa beli : RM538 (Total RM1,076)

Thursday, November 19, 2009

Dinar Yang Pertama



Hah..Ni dinar hamba yang pertama, dinar kelantan. Inilah langkah pertama hamba dalam mengumpul dinar. Pada asalnya hamba ingin membeli Gold Bar, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Niat murni hamba tu tak dapat dilaksanakan. Tup-tup, harga emas pun naik dan makin naik dan naik. Jadi, tidak dapat tidak hamba mesti mulakan langkah pertama hamba tu. Dan, inilah hasilnya. 1 Dinar Kelantan. Alhamdulillah.

Lokasi pembelian : Ar-Rahn jalan Raja Laut
Tarikh pembelian : 15/7/2009
Harga semasa beli : RM473.00