Showing posts with label Dinar Muslim. Show all posts
Showing posts with label Dinar Muslim. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

Merempit lagi sekeping 1 Dinar Muslim

Alhamdulillah, hari Jumaat lepas hamba dapat jugak merempit sekeping Dinar Muslim di nubex. Nasib baik stock ada lagi. Tapi tu pun dah tak banyak yang tinggal, ramai yang dah borong kata En. Faizal. Hamba pun dipahamkan, stock baru akan sampai pada 15/16 Dec ni. So, sapa-sapa nak beli boleh la stand by duit sekarang ni. Untuk kepastian, boleh la berhubung terus dengan diaorang ni. Ok, tu saja.


 Alhamdulillah..

Lokasi pembelian : nubex
Tarikh pembelian : 11/12/2009
Harga semasa beli : RM559

Sunday, December 6, 2009

Dinar Muslim


Dah lama hamba berhajat nak beli dinar muslim ni. Nak cukupkan koleksi dinar yang ada kat Malaysia ni. Akhirnya,jumpa jugak dealer yang jual dinar muslim ni dengan harga dan spread jual beli yang sesuai di nubex. Untuk pengalaman pertama berurusan dengan nubex ni hamba datang sendiri di office diaorang di Metropolitan Square,Damansara Perdana.



Masa tu ade 3 orang staff nubex iaitu En. Bakhtiar,Faizal dan sorang lagi ni...lupe la namenya (sory). Ok la diaorang ni, banyak jugak info-info pasal emas diaorang ceritakan. Kepada sapa-sapa yang nak jadi ejen diaorang, boleh la berhubung terus dengan diaorang (ish..ish..ish..hamba tak mampu nak jadi ejen..huhuhu..) Kalau nak beli, boleh lock harga terus dari website nubex, hanya perlu register dan lock mana-mana item yang dikehendaki. Setiap item yang dilock harganya akan sah selama 24jam.


1 Dinar muslim yang dibeli

Lokasi pembelian : nubex office
Tarikh pembelian : 17/11/2009
Harga semasa beli : RM557