Sunday, January 31, 2010

Persoalan Mengenai Dinar

Disini hamba nak berkongsi sedikit sebanyak jawapan yang hamba dah perolehi hasil dari pertanyaan dan rujukan dari rakan-rakan yg lain..Harap ilmu ini dapatlah kita kongsi-kongsikan bersama..

18 Jan 2010 - Hamba menghantar email kepada beberapa blogger..Antara soalan yang hamba tanya adalah seperti berikut :

1) Kebanyakan sumber yang saya jumpa hanya mengatakan dinar hanya berketulinan 916 (standart piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a.). Bagaimana pula dengan dinar yang berketulinan 999 dan dimana saya boleh refer piawaian dinar tersebut?

2) Bagaimana pula dengan dinar yang tidak mengikuti piawai yang telah ditetapkan? Adakah layak ianya digelar dinar atau syiling emas? Contohnya seperti dinar keluaran PD. Dimana diameternya hanya bersaiz 18mm sahaja.

3) Banyak sumber yang mengatakan dinar digunakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana pula dengan mata wang yang wujud sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W? Tidak wujud lagikah dinar pada masa itu?

19 Jan 2010 - Jawapan dari Ustaz Rafidi Hashim (Admin untuk dirham2dinar)

1) Dinar 999 tak sesuai digunakan sebagai matawang sebab mudah patah. saya pun belum jumpa dinar 999.

2) dinar ikut berat dan emas 916, tak kira berapa diameter pun.

3) Perkataan dinar itu datang dari dinara bukan bahasa arab bermakna masyarakat sebelum dah pun menggunakan wang emas, begitu juga dirham digunakan zaman nabi Yusof lagi.

23 Jan 2010 -Ni pulak komen Wantwo (Admin untuk marinajewellery.blogspot)

1) sape pernah pegang dinar 999 akan tahu mudah patah ke tak...pakai tgn sure tak patah..tp bolh kemek..mudah kemek dan agak lembut adalah kekuatan dinar 999 sebab kerajaan islam boleh collect dan minting bali dinar tuh.. that the way to control circulation of dinar...

2) yup...berat yg penting 4.25 atas kesepakatan ulama' dahulu... mase dulu pon mane ade penimbang yg tepat..so kesepakatan 4.25 adalah yg paling mahshur....

3) dinar zaman nabi pakai dinarus solidus 999..zaman khalifah umar baru dimintingkan dan ditulis dgn ayat2 suci....

Setakat ni, ini sahaja la yang reply email hamba..Terima kasih kerana menjawab.. Apa pon..Hamba masih menanti jawapan dari yang lain..Kalau ade jawapan dari yang lain..Hamba akan postkan lagi..

Sedikit pengenalan mengenai dinar..sila kesini scogold-jewellery.blogspot

Setuju atau tidak dalam "No Buy Back Policy" dalam urusan dinar.. sila kesini marinajewellery.blogspot

Nak komen apa-apa..Di alu-alukan..Terima Kasih!

2 Gram Emas:

islamicgolddinar said...

Salam,

pada pendapat saya, persoalan mengenai dinar 916 atau 999 ini perlu dibincang dengan lebih meluas dan detail antara ahli agama dan orang2 yg terlibat dengan dinar. adakah benar zaman rasulullah, dinar 999 digunakan? ada tak hadith atau apa2 fakta yg blh dirujuk berkenaan perkara ini? persoalan ini perlu dirungkai kerana ia melibatkan zakat dsb.Cthnya, zakat 1 dinar bagi setiap 40 dinar merujuk kepada dinar yg mana?nisab 20dinar dlm tempoh 1tahun merujuk kpd dinar mana, 916 @ 999? adakah sama nisab bagi dinar 999 & 916 memandangkan purity emasnya xsama? Apa pandangan dinarist seperti Umar vadillo atau Zaim Saidi dlm perkara ini? Jika sesiapa blh dapatkan pandangan mereka, sila comment...

Jofri bin Muhammad said...

SPESIFIKASI DINAR. 4.25gm EMAS 916(22K) KE EMAS 999(24K) ?
Salam,

Ada kekawan bertanya saya. Mana satu spesifikasi Dinar yang betul?
Dinar Emas dengan spesifikasi 4.25gm emas 916(22K) ke atau Dinar dengan ketulenan 999(24K)?

Sebenarnya piawaian spesifikasi Dinar ditetapkan oleh Sayidina Umar Al-Khattab pada zaman kegemilangan Islam adalah 1 Dinar bersamaan dengan 4.25gm emas berketulenan 916(22K).
Dinar Emas mengandungi 91.66 peratus emas tulen dan bakinya mengandungi bahan selain emas atau logam dasar sebanyak 8.34 peratus.
Emas tulen disebut emas 24 karat atau emas 99.9 yang mengandungi hampir 100 peratus ketulenan emas.
Bagaimanapun dengan teknologi pembuatan emas pada hari ini ,terdapat Dinar Emas yang dikeluarkan dengan ketulenan 999.

Jadi apa bezanya? Mana yang lebih tulen dan bagus?
Sebenarnya kedua2nya bagus. Dinar dengan ketulenan 916 lebih lasak . Kehadiran 8.34% logam lain bertujuan untuk menguatkan emas tersebut. Ianya sesuai dengan sifatnya sebagai matawang atau legal tender pada zaman kegemilangan Islam dahulu kerana semua transaksi jual beli dibuat dalam Dinar dan Dirham menyebabkannya sentiasa bertukar tangan dan beredar di pasaran. Sehubungan itu matawang Dinar perlu berada dalam keadaan lasak & emas dengan purity 999 yang agak lembut tidak sesuai di jadikan matawang.
Ia hampir sama dengan barang kemas perhiasan pada hari ini yang kebanyakkannya datang dengan purity 916 bagi membolehkannya mudah dibentuk.

Pada ketika zaman kemilangan Islam di Madinah, teknologi pemurnian emas 999 masih belum ada lagi. Teknologi pemurnian emas 99.9 emas dengan logam dasar hanya di temui pada tahun 1874 oleh Emil Wohlwill.

Tetapi pada hari ini Dinar masih belum lagi bersifat sebagai legal tender atau matawang. Untuk itu tak ada masalah untuk kita memiliki Dinar 999 kerana pada hari ini kebanyakan kita memiliki Dinar sebagai pelindung nilai terbaik terhadap wang fiat dan inflasi dan bukan sebagai matawang.

Ditambah pula nilai gm emas 999 lebih mahal dari emas 916.

Oleh itu kepada sahabat2 yang baru berjinak2 untuk memiliki emas selamat menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) saya ucapkan. Jom kita kembalikan kegemilangan Wang Sunnah Islam yang terbukti kalis inflasi untuk masadepan kita & keluarga.

Post a Comment