Persoalan ni dah banyak kali ditanya oleh rakan-rakan dichatbox Jutawanemas.com. Kalau dinar berketulenan 999(24k), layak ke dipanggil dinar, atau perlu dipanggil syiling emas. Sedikit info yang hamba boleh share disini.
Dinar yang ditempa oleh Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd
Mengikut keterangan pada sijil diatas, dinar 999(24k) digunakan pada zaman Nabi Muhammad (S.A.W).
Untuk dinar yang berketulenan 916(22k) pula, ianya mengikut piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Standard piawaian ini ada tertulis pada sijil Dinar Kelantan.
Dinar Kelantan juga ditempa oleh Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd
Piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a
Kesimpulannya, kedua-dua jenis ketulenan ini pernah digunakan sebagai matawang yang dipanggil dinar.
10 Gram Emas:
Bagaimana pula dinar yang tak cukup piawaiannya ye? Hmm..Kene cari jawapannye ni..
hah..yg tu kite xtau..hehehe...
ermm search lah klu jumpa jgn lupe share yer..then remain me too
salam..good article..
bermulanya kejatuhan dinar dalam sejarah matawang islam adalah dengan penukaran purity drpd 999 ke 916 oleh golongan tertentu untuk kepentingan sesetangah pihak.
terima kasih
Mengikut keterangan pada sijil diatas, dinar 999(24k) digunakan pada zaman Nabi Muhammad (S.A.W).
Sumber dari : thegolddinar.blogspot.com
Untuk dinar yang berketulenan 916(22k) pula, ianya mengikut piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Standard piawaian ini ada tertulis pada sijil Dinar Kelantan.
Merujuk pada ayat diatas... bukankah terang2 dan lagi jelas..zaman Nabi Muhammad (S.A.W)dan piawai Khalifah Umar Al-Khattab r.a.
Bila dikatakan tentang sunnah...tentu la dari nabi..yg terbaik itu la jadi amalan nyer n patut kita juga praktik kan nya.. tp apa boleh buat mmg selalu mcm tu kalau benda baik ni payah org nak ikut...tepuk dada tanya selera. TQ
Salam to anonymous..
Terima kasih dengan komen dari saudara..
Ketika artikel ni ditulis hanya untuk menjawab persoalan dari rakan2 yang tak tahu langsung pasal adanya dinar 999..
Hamba bukan la pejuang dinar 916 @ 999..
Dinar dan dirham belum pun lagi digunakan secara meluas pada masa ini..dah ade isu pasal purity..macammane kita hendak bersatu?
Pada hamba, simpan la emas yang bernilai..
p/s : Sunah atas nama dinar atau atas nama purity?
Wallahualam..
salam,
pertama kali msk blog saudara..
terbaiknya menyimpan dalam emas 24k atau 22k?
yg mendekati hadis 'pada suatu zaman hanya dinar dan dirham yg ada nilai'
SPESIFIKASI DINAR. 4.25gm EMAS 916(22K) KE EMAS 999(24K) ?
Salam,
Ada kekawan bertanya saya. Mana satu spesifikasi Dinar yang betul?
Dinar Emas dengan spesifikasi 4.25gm emas 916(22K) ke atau Dinar dengan ketulenan 999(24K)?
Sebenarnya piawaian spesifikasi Dinar ditetapkan oleh Sayidina Umar Al-Khattab pada zaman kegemilangan Islam adalah 1 Dinar bersamaan dengan 4.25gm emas berketulenan 916(22K).
Dinar Emas mengandungi 91.66 peratus emas tulen dan bakinya mengandungi bahan selain emas atau logam dasar sebanyak 8.34 peratus.
Emas tulen disebut emas 24 karat atau emas 99.9 yang mengandungi hampir 100 peratus ketulenan emas.
Bagaimanapun dengan teknologi pembuatan emas pada hari ini ,terdapat Dinar Emas yang dikeluarkan dengan ketulenan 999.
Jadi apa bezanya? Mana yang lebih tulen dan bagus?
Sebenarnya kedua2nya bagus. Dinar dengan ketulenan 916 lebih lasak . Kehadiran 8.34% logam lain bertujuan untuk menguatkan emas tersebut. Ianya sesuai dengan sifatnya sebagai matawang atau legal tender pada zaman kegemilangan Islam dahulu kerana semua transaksi jual beli dibuat dalam Dinar dan Dirham menyebabkannya sentiasa bertukar tangan dan beredar di pasaran. Sehubungan itu matawang Dinar perlu berada dalam keadaan lasak & emas dengan purity 999 yang agak lembut tidak sesuai di jadikan matawang.
Ia hampir sama dengan barang kemas perhiasan pada hari ini yang kebanyakkannya datang dengan purity 916 bagi membolehkannya mudah dibentuk.
Pada ketika zaman kemilangan Islam di Madinah, teknologi pemurnian emas 999 masih belum ada lagi. Teknologi pemurnian emas 99.9 emas dengan logam dasar hanya di temui pada tahun 1874 oleh Emil Wohlwill.
Tetapi pada hari ini Dinar masih belum lagi bersifat sebagai legal tender atau matawang. Untuk itu tak ada masalah untuk kita memiliki Dinar 999 kerana pada hari ini kebanyakan kita memiliki Dinar sebagai pelindung nilai terbaik terhadap wang fiat dan inflasi dan bukan sebagai matawang.
Ditambah pula nilai gm emas 999 lebih mahal dari emas 916.
Oleh itu kepada sahabat2 yang baru berjinak2 untuk memiliki emas selamat menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) saya ucapkan. Jom kita kembalikan kegemilangan Wang Sunnah Islam yang terbukti kalis inflasi untuk masadepan kita & keluarga.
Salah Di atas TIDAk...Cari balik sejarah....Cari betul2 sebelum nk ckp...I do research for 10 years.zaman khulafah arasyidin kaji balik
Kaji balik
Post a Comment