Sunday, March 21, 2010

Persoalan Mengenai Dinar 2

Salam kepada semua pembaca.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa diblog hamba ni.. Semoga ape yang dikongsi disini dapat diambil secara positif dan terbuka. Disini, hamba sertakan lagi 1 jawapan dari seorang pejuang dinar dan dirham sejak beberapa tahun sebelum ini, beliau ialah Pensyarah En. Abdul Halim Abdul Hamid. Terima kasih kepada Pensyarah En. AbdulHalim.

1 Mac 2010 - Menerima jawapan balas dari Pensyarah En. Abdul Halim Abdul Hamid ( thegolddinar )

1) Standard piawaian Khalifah Umar Al-Khattab, tidak pernah menyatakan hal ketulinan tetapi Amirul Mukminin ini telah menetapkan bahawa piawaian dinar dan dirham mengikut ukuran Islam adalah bersamaan dengan 7 dinar = 10 dirham. Standard ini dibuat setelah berlakunya pertikaian di suq (pasar) berkenaan keshahihan dinar & dirham yang digunakan. Soal ketulinan tidak timbul sama sekali kerana, dinar yang digunakan adalah Roman Solidi Dinarius (yang bermaksud Wang emas penuh Roman). Ketulinan Roman Solidi Dinarius adalah fine gold 999. Ini lah matawang dinar yang diguna pakai oleh kebanyakkan masyarakat Arab di Madinah untuk urusan berjual beli termasuklah Baginda RasulAllah S.A.W. Sila rujuk matawang Byzantine Roman di sekitar tahun 610 ke 630 Masehi.

2) Dinar bermaksud, matawang emas. Kita umat Islam seharus nya mengunakan matawang dinar kerana ia merupakan matawang sunnah. Asalkan matawang dinar yang kita miliki sekarang mempunyai ciri-ciri dinar yang diguna pakai oleh Baginda Rasul Allah S.A.W, ianya dikira sebagai dinar. Apakah ciri-ciri dinar itu:
a. ketulinan .999 (fine gold)
b. berat 1 mithqal untuk 1 dinar (fuqaha bersetuju mengambil purata berat 4.25gram sebagai berat 1 mithqal mengikut ukuran zaman kini)

Kedua-dua ciri diatas perlu dipenuhi manakala urusan saiz, hiasan dan penulisan pada kepingan dinar adalah tertakluk kepada pemerintah kerajaan yang memerintah atau pengeluar matawang dinar yang diiktiraf pemerintah.
Saya tidak menyokong dinar keluaran P*** D*** kerana mereka tidak memiliki syarat utama sebagai pengusaha pengeluar dinar. Dinar ini urusan orang Islam jadi menjadi tangungjawab Muslim untuk mengeluarkannya dan bukan urusan bukan Muslim. Penglibatan diri dengan urusan muamalat mengunakan dinar dapat merapatkan seseorang itu untuk lebih bertaqwa kepada Allah SWT. Oleh itu adalah tidak wajar sama sekali bukan Islam mencampuri urusan orang Islam. Hal ini jelas di dalam Al-Quran didalam surah Al-Kafirun. Walaupun ramai dikalangan orang Islam menjadi agen kepada P*** D*** itu tidak bermakna syarikat ini telah dimiliki dan diterajui oleh orang Islam. (sila semak pemegang amanah/saham syarikat P*** D*** di SSM)

3) Emas adalah merupakan satu logam yang digilai manusia. Dari pada zaman Nabi Adam lagi, emas adalah merupakan harta dan juga perhiasan. Ianya menjadi matawang apabila sistem barter tidak dapat memuaskan urusan muamalat manusia. Dinar digunakan bila aktivit ekonomi manusia mula rancak dan aktif.

WALLAH-HU-A'LAM.

Terima kasih kepada Pensyarah En. Abdul Halim dengan jawapan beliau. Ape pun, hal ini telah banyak diulas dengan lebih lanjut oleh beberapa blogger. Antaranya ialah :

- Artikel landasan Syariah DinarEmas24k DinarEmas24k
- Artikel Dinar, Dirham 999 dan 916 nubexblog.blogspot.com
- Artikel 22 karat Dinar Emas, merujuk kepada berat atau ketulenan hasbullah.pit.my
- Artikel Dinar 999 atau 916?  dirham2dinar.com

Terima Kasih!!

2 Gram Emas:

Faizal said...

Terima kasih Fendi di atas maklumat ini. Insha-allah sekiranya Fendi terus menerima keterbukaan di dalam kajian, Fendi boleh pergi lebih jauh... hindarkan taqlid secara khinzir buta, tetapi ikutilah sesuatu dengan ilmu. Apabila kita membuat sesuatu dengan ilmu yang benar dan yakin ianya adalah perintah Allah dan Rasulullah, hati kita akan lebih lapang dan kita tidak perlu risau tentang tanggapan org lain kepada kita.

Ingat firman Allah SWT di dalam Al-Quran :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung-jawapannya (ditanya). (Al-Israa 17:36)

Allahu'alam!

Fendi said...

Tq mfmn..ilmu itu luas dan islam bukan nak menyusahkan umatnya..wallahualam..

Post a Comment