Sunday, December 13, 2009

Merempit lagi sekeping 1 Dinar Muslim

Alhamdulillah, hari Jumaat lepas hamba dapat jugak merempit sekeping Dinar Muslim di nubex. Nasib baik stock ada lagi. Tapi tu pun dah tak banyak yang tinggal, ramai yang dah borong kata En. Faizal. Hamba pun dipahamkan, stock baru akan sampai pada 15/16 Dec ni. So, sapa-sapa nak beli boleh la stand by duit sekarang ni. Untuk kepastian, boleh la berhubung terus dengan diaorang ni. Ok, tu saja.


 Alhamdulillah..

Lokasi pembelian : nubex
Tarikh pembelian : 11/12/2009
Harga semasa beli : RM559

Harga Tengah Jatuh..Apa tunggu Lagi!!

Harga emas tiba-tiba je jatuh beberapa minggu ni. Ramai yang suka, ramai jugak runsing (duit gaji tak masuk lagi..haha..sama la dengan hamba) tak dapat nak beli time ni. Untuk orang-orang yang bermodal, time ni la diaorang pergi memburu emas. Tu pasal sampai sold out emas-emas kat nubex. Kat Ar-rahn pun same dah takde stok. Kepada penyimpan emas fizikal, time ni la masa yang elok pergi pajak diaorang nyer emas. Dapat duit, beli emas. Haha. Hamba pun pilih pajak emas nak beli emas. Nak tunggu gaji, lambat lagi beb! Kalau dapat gaji, harga emas pun tengah murah lagi, confirm! hamba rembat je ape-ape gold yang boleh.

Untuk yang pertama kali nya hamba berpajak gadai. Hamba pilih Ar-rahn di Jalan Raja Laut (bank dah tak boleh gadai lagi..hampeh punya BNM). Dari opis di Kelana Jaya, hamba merempit ke Ar-rahn. dengan misi, pajak dan rempit sekeping 2Dinar Kelantan. Di Ar-rahn takde pelanggan lain. Hamba sorang je. Tanya diaorang (Ar-rahn) terima gold bar atau dinar lagi tak? Ar-rahn terima lagi. Tanya nak resit atau sijil tak? Ar-rahn kata tak perlu. Emas yang hamba pajak ialah 1 dinar Public Dinar (2 keping), 1 dinar muslim (1 keping) dan barang kemas 916 (4.9g). Total jumlah berat = 17.65g. Ar-rahn boleh bagi RM1,2++.00. Tapi hamba mintak genap-genap je RM1.2k. Upah Bulanan = RM20.40 sebulan, jadi untuk 6 bulan = RM122.40. Dalam 15-20 minit, semua urusan selesai.  


Hamba punya Surat Akuan Gadaian

Misi untuk gadai selesai. Tapi untuk 2 Dinar Kelantan, huhuhu....gagal. Stok habis.

Pada hari yang sama jugak, hamba beli 1 Dinar Kelantan (2 keping) dari seorang kenalan. Beliau ni gelarkan diri dia haji. Hamba pun panggil Tuan Hj. Beliau ni wakil dari Wakala Nusantara (dirham), boleh refer disini Wakala Kuala Lumpur (tengok yang paling bawah). Kalau sapa-sapa nak beli dirham pun boleh dapatkan dari beliau. Walaupun tak dapat dinar yang hamba nak, takpe, next time hamba buru dia balik. Hehehe..Sekian.


Dinar Kelantan yang dibeli.

Lokasi pembelian : Wakala Kuala Lumpur (Tn Hj Awaluddin)
Tarikh pembelian : 9/12/2009
Harga semasa beli : RM538 (Total RM1,076)

Sunday, December 6, 2009

Dinar Muslim


Dah lama hamba berhajat nak beli dinar muslim ni. Nak cukupkan koleksi dinar yang ada kat Malaysia ni. Akhirnya,jumpa jugak dealer yang jual dinar muslim ni dengan harga dan spread jual beli yang sesuai di nubex. Untuk pengalaman pertama berurusan dengan nubex ni hamba datang sendiri di office diaorang di Metropolitan Square,Damansara Perdana.



Masa tu ade 3 orang staff nubex iaitu En. Bakhtiar,Faizal dan sorang lagi ni...lupe la namenya (sory). Ok la diaorang ni, banyak jugak info-info pasal emas diaorang ceritakan. Kepada sapa-sapa yang nak jadi ejen diaorang, boleh la berhubung terus dengan diaorang (ish..ish..ish..hamba tak mampu nak jadi ejen..huhuhu..) Kalau nak beli, boleh lock harga terus dari website nubex, hanya perlu register dan lock mana-mana item yang dikehendaki. Setiap item yang dilock harganya akan sah selama 24jam.


1 Dinar muslim yang dibeli

Lokasi pembelian : nubex office
Tarikh pembelian : 17/11/2009
Harga semasa beli : RM557

Wednesday, December 2, 2009

Berita Baik Berita Buruk

Huhuhuhu...tak tau hamba nak komen macam mane.. Suke ada tak suka pun ada..Awal-awal pagi kat opis hamba dah layan blog otai ni Jutawanemas.com.Seronok tengok harga emas makin naik. Nak-nak,ada ramalan yang yang mengatakan harga emas akan mencecah hingga ke paras USD2500/1oz. Wow! Dalam masa yang sama, terasa bengang jugak dengan harga emas ni,tunggu la hamba dapat rempit dinar banyak-banyak sket..Pastu kalau nak naik,naik je la.Huhuhu..

Hai la 999.9.. Hai la 916.. Tuan hamba tetap dalam buruan hamba!! Hehehe..