Sunday, April 4, 2010

The Golden Revolution 2010

   Assalamualaikum semua..Harap semua sihat-sihat hendaknya ye..Dikesempatan ini hamba ingin mengucapkan takziah pada seorang rakan sekolah (STHAM) hamba iaitu Abu Sufian kerana ibunya telah pergi menemui ilahi pada jam 3:30 pagi tadi. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..
   Orait..Semalam (3/4/2010) dalam pukul 4:30petang, hamba berkesempatan menghadirkan diri diprogram "The Golden Revolution 2010". Jadi, ini serba sedikit gambar-gambar semasa program itu dijalankan. Semasa hamba sampai, sesi soal jawab sedang dijalankan. Jom usha-usha gambar dari jurugambar amatur wattaktau. Hehe..

Program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar MMU

Sesi soal jawab. Dari kiri : Adam (Putradinar), Zufi (Golden Trapezium), Yomida (scogold-jewellery) dan Nizam (jentayuemastrading). Sapa-sapa yang bertanyakan soalan akan dapat cenderahati 1 dirham.

Audien dari pelbagai kaum








 
Antara info-info pameran


Booth Jentayu Emas

Dah nak balik baru tau ni Golden Trapezium punye booth. Hehe. Ape pun, mase ni ade amoi lepak-lepak kat sini. Hamba mintak diaorang senyum. Tapi, ape yang hambe dapat, nilah dia. Ade yang lari. Ade yang menyorok. Tu nampak sipi-sipi bahu diaorang tu.


Persembahan dari student-student MMU. Jalan ceritanya sama la macam cerita Kisah 2 Pulau. Cuma dari pulau tukar ke kisah 2 kampung.

Dari kiri : Yomida, Nizam dan Cikguasar

   Orait..Inilah sedikit sebanyak gambar yang hamba boleh share disini. Tahniah kepada pihak MMU dan student-student yang terlibat dalam menyebarkan tentang penggunaan dinar dan dirham. Tahniah!!

p/s : simpan emas yang bernilai