Sunday, December 6, 2009

Dinar Muslim


Dah lama hamba berhajat nak beli dinar muslim ni. Nak cukupkan koleksi dinar yang ada kat Malaysia ni. Akhirnya,jumpa jugak dealer yang jual dinar muslim ni dengan harga dan spread jual beli yang sesuai di nubex. Untuk pengalaman pertama berurusan dengan nubex ni hamba datang sendiri di office diaorang di Metropolitan Square,Damansara Perdana.



Masa tu ade 3 orang staff nubex iaitu En. Bakhtiar,Faizal dan sorang lagi ni...lupe la namenya (sory). Ok la diaorang ni, banyak jugak info-info pasal emas diaorang ceritakan. Kepada sapa-sapa yang nak jadi ejen diaorang, boleh la berhubung terus dengan diaorang (ish..ish..ish..hamba tak mampu nak jadi ejen..huhuhu..) Kalau nak beli, boleh lock harga terus dari website nubex, hanya perlu register dan lock mana-mana item yang dikehendaki. Setiap item yang dilock harganya akan sah selama 24jam.


1 Dinar muslim yang dibeli

Lokasi pembelian : nubex office
Tarikh pembelian : 17/11/2009
Harga semasa beli : RM557

9 Gram Emas:

Anonymous said...

Nubex ni company baru ker?

cdanhash said...

Salam tuan...

1 bulan = 1 dinar
1 tahun = 12 dinar
5 tahun = 60 dinar
kenaikan nilai emas 20% setahun
kenaikan nilai 5 tahun akan datang 100%
jika 1 dinar sekarang RM500
5 tahun akan datang nilainya RM60,000

Fendi said...

Baru ke lame xpasti..

cdanhash : Fuiyo..Banyaknye naik..Ini kene kumpul banyak2 ni sebelum sampai 5 tahun.. Terima kasih cdanhash kerana memperkenalkan hamba dengan nubex diblog tuan hamba..Terima Kasih..

mustafakamaljebah said...

Nubex punya emas mahal la..
Buktinya dia jual emas Maple Leaf 1oz lebih mahal dari emas yg sama di OUB..
Tak sebut dia akan beli balik emas dia..
So sy ingat Nubex hanya jual emas je..
Sy syorkan anda beli gold coin kat OUB je sebab spreadnya yg rendah..
Lain2 emas spt dinar emas,kijang emas dll tak sesuai wat pelaburan sebab spreadnya tinggi..

mustafakamaljebah said...

ada sebut la nubex beli balik..sorry tak familiar dgn web tu..
tapi spreadnya tinggi la..6%..
baik beli gold coin kat OUB je..spreadnya rendah..2.++% je..

Fendi said...

mustafakamaljebah : Tq dengan cadangan yang diberikan. Setiap benda ada pro dan kontra masing-masing. Kalau beli kat UOB, anda kene jaga betul2 gold coin tu. Sikit calar pun xboleh. Kalau tak, nanti UOB xnak beli balik. Kalau dinubex, setakat calar sket2 tu, diaorang ambik balik.

Untuk orang yang macam hamba ni, modal kecik je. Dinar adalah yang paling sesuai untuk dimiliki. Kalau harga emas naik, harga 1 dinar pun akan naik.

Untuk sebarang pertanyaan, hamba syor kan anda tny pada tuan punya badan(nubex). Atau boleh ke sini http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=113729&page=1 . Tanya la macam2 kat situ.

mustafakamaljebah said...

Dinar Muslim spreadnya tinggi 6%..mahal tapi fendi beli..
Gold coin 1 oz OUB spread 2.++%..murah tapi fendi tak beli..
'Pandainya' fendi berniaga..
(Jgn marah fendi..nanti lekas tua..)

Fendi said...

Dinar muslim harge RM5++
Gold Coin 1 oz UOB RM39++

Jadi, yg mampu untuk beli yg harge 3 angka je.. bagus la mustapa kumpul gold coin UOB.. Ape pun.. selamat mengumpul emas..

Anonymous said...

Kata org ukur baju kat badan sendiri.. kalau duit sikit beli la yang termampu.. takkan lah sbb nak bli Gold Coin kat OUB tu sampai kene wat loan kan..:-P rugi sikit skrg takpe la..5tahun akan dtg INSYALLAH untung..for me,that better than nothing.. teruskan usaha anda FENDI.....:-)

Post a Comment